Monday, February 9, 2009

Pencuri Acasia

Gara-gara kunci pintu bilik tertinggal dalam bilik 2 sahabat saling bantu membantu antara satu sama lain untuk memecahkan pintu itu tersebut. Pada suatu hari, saya dan pok cek' (bukan nama sebenar) pergi ke asrama pak do (bukan nama sebenar) di acasia. Kitaorang bermalam di sana kerana ingin menyiapkan blog sy ni. Pagi tu kitaorg tgah siap2 nak p makan kat cafe, tiba-tiba pak do tertinggal kunci dalam bilik, n dia dah janji nak belanja kitaorg, tetapi niatnya itu x jadi apabila biliknya sudah dikunci,........dan apa lagi kitaorg pecahkan la pintu bilik dia tu,hehehehe...............




source: muhammad luqman ibnul hakim fpbu tahun 3
muhammad shazan b. suhaimi fpbu tahun 3

MATEMATIK & SAINS DALAM BAHASA INGGERIS


Kerajaan menunjukkan kepentingan bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa, dan kalau kita tidak mahu ketinggalan kita mesti kuat untuk bersaing sesama mereka tetapi dengan dasar ini banyak masalah yang timbul antaranya masalah guru itu sendiri dan pelajar kerana kebanyakkan daripada mereka tidak menggunakan bahasa inggeris semasa disekolah ataupun dirumah. Dari aspek lain kita tidak boleh menyalahkan guru sahaja kerana mereka belajar dahulu pun dalam bahasa melayu terutamanya guru-guru yang lepasan UKM. Jika kita tidak mahu ketinggalan kita mestilah menggunakan bahasa inggeris, maka wajarlah kerajaan menukarkan matematik dan sains dalam bahasa inggeris, masalah ini boleh diatasi dengan memberi latihan dan kursus kepada guru ini bagi memantapkan lagi bahasa inggeris mereka.

BOIKOT BARANGAN ISRAEL


Boikot ini adalah satu cara menunjukkan rasa simpati dan bantuan sedikit kita terhadap apa yang kita dengar bahawa syarikat-syarikat tersebutlah yang menangung dan membantu Israel dalam menjalankan aktiviti mereka untuk menghancurkan Palestin.
Sebagaimana yang kita maklum bahawa bangsa Yahudi ini sememangnya bangsa yang berjaya menguasai ekonomi dunia, jadi kekuasaanya kebanyakkanya dari ekonomi, kalau kita nak menyerang pun kita tidak ada kekuatan, oleh kerana ekonomi kita tidak berapa kuat dan mantap yang mampu setakat ini adalah boikot , walaupun boikot ini tidak memberi kesan utama kepada ekonomi mereka namun kita telah berusaha untuk melemahkan mereka.

Saturday, February 7, 2009

Salah Satu Keajaiban Dunia


SPAGETI, pizza dan Sophia Loren. Nama dua juadah tradisional dan aktres tidak dimamah usia yang pernah merangkul anugerah berprestij, Oscar ini cukup menggambarkan pesona yang menanti di Itali.

Peluang berkunjung ke ibu kota fesyen dunia, Milan atau dalam bahasa Itali, Milano, baru-baru ini sungguh mengujakan dalam mengenali keunikan dan rahsia tersembunyi di negara yang memiliki banyak kota hebat seperti Rome, Florence dan Venice ini.

Milan yang menjadi bandar kedua terbesar di Itali, sarat dengan elemen kota metropolis. Sesuai dengan jolokan ibu kota fesyen dunia sebaris Paris, New York dan Tokyo, nadi ibu kota ini tertumpu kepada kegiatan ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan seni terutama fesyen.

Penulis yang tiba di Milan selepas perjalanan hampir lapan jam dari Bregenz, Austria bersama rombongan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd, tidak sabar meneroka keunikan bandar raya ini sebaik keluar dari tren di Stazione Centrale di Milano atau Milano Centrale.

Dibuka pada 1864, stesen rel utama Milan ini melalui beberapa fasa pengubahsuaian sesuai dengan statusnya sebagai stesen transit malah menjadi antara stesen utama rel merentasi benua Eropah. Biarpun tanpa stail seni bina khusus, Milano Centrale nampak gah dengan gabungan pelbagai gaya seperti Liberty dan Art Deco yang menterjemah makna tersendiri.

Destinasi pertama yang dikunjungi di Milan sudah pasti Piazza del Duomo yang menjadi antara dataran paling meriah di benua Eropah. Mudah dikunjungi dengan menaiki sistem transit, Metropolitana Milanese dan berhenti di stesen Duomo, dataran ini pasti memukau siapa saja.

Piazza del Duomo dikelilingi beberapa bangunan hebat seperti Duomo iaitu sebuah cathedral atau gereja gothic yang dibina hasil gabungan idea dan kreativiti arkitek serta pengukir Itali, Perancis dan Jerman.

Leka melihat kehalusan seni ukir atas marmar dan keseragaman motif pada setiap menara, kehadiran senja tidak disedari penulis. Saat itu paling indah apabila Piazza del Duomo tiba-tiba ditenggelami cahaya suram lalu menerbitkan panorama menakjubkan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Bertentangan Duomo, arked beli-belah, Galleria Vittorio Emanuele yang menempatkan deretan kafe, restoran, kedai buku dan butik mewah yang wajib dikunjungi. Jika tidak membeli-belah sekali pun, pengunjung sewajarnya meluangkan masa bersantai di kafe sambil menikmati kopi atau hidangan Itali yang asli dan enak di sini.

FAKTA: Milan

* Bandar raya kedua terbesar di Itali
* Penduduknya mencecah 1.5 juta orang
* Milan dianggap pusat fesyen dunia kerana menempatkan ibu pejabat dan syarikat jenama fesyen ternama seperti Gucci, Prada, Armani, Versace dan Dolce & Gabbana.
* Lewat abad ke-18 hingga ke-19, Milan menjadi pusat utama perbincangan intelektual dan kreativiti kesusasteraan
* Antara tarikan utamanya adalah litar lumba Monza Formula One, antara litar lumba kereta tertua dunia
* Turut dikenali kerana menu makanan popular, Risotto

Thursday, February 5, 2009

Perak Jatuh Ketangan BN Kembali


Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak semalam dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dipilih sebagai Menteri Besar ke-11.

Ini berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletakkan jawatan, berkuat kuasa serta-merta.

Di IPOH, Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan menjelaskan, setelah menemui semua 28 Adun BN dan tiga Adun Bebas, baginda yakin Mohammad Nizar sudah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota DUN.

selepas ini kita akan lihat perubahan yang berlaku dalam organisasi pentadbiran perak, adakah perubahan ini membawa kepada kebaikan?

Pendidikan tinggi dalam menjana ekonomi negara


SEPERTI Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung secara tahunan di Davos, Switzerland, Forum Universiti Dunia baru saja selesai diadakan di Mumbai, India dengan sambutan yang sangat menggalakkan. Ramai pemimpin universiti dari negara maju dan membangun berkumpul sambil membincangkan isu kritikal yang diharungi kebanyakan universiti di dunia. Tiga perkara pokok dibincangkan ialah pendidikan tinggi sebagai prasyarat penjanaan ekonomi negara, peluang pendidikan tinggi untuk remaja dan kepentingan anjakan paradigma pendidikan daripada bersifat disiplin kepada pendekatan pelbagai disiplin.

Kepentingan pendidikan tinggi sebagai pemacu kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara dan peningkatan kesejahteraan masyarakat terletak kepada anjakan kuasa ekonomi yang bermula daripada kuasa ketenteraan, beralih kepada kuasa teknologi dan kini kuasa pengetahuan. Ekonomi pengetahuan mula menguasai dunia apabila persaingan pada peringkat global terletak kepada daya kreativiti dan keupayaan untuk 'berbeza' dengan yang lain. Ilmu dan maklumat dilihat sebagai modal penting masa depan yang berupaya melonjak tahap ekonomi masyarakat dan komuniti setempat dan seterusnya meningkatkan status ekonomi sesebuah negara.

Pembekuan pekerja asing langkah bantu penduduk tempatan


KEPUTUSAN kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing dalam sektor elektronik dan tekstil berkuatkuasa 1 Januari lalu, bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing berikutan kelembapan ekonomi global, amat dialu-alukan. sudah banyak syarikat khususnya dalam sektor pembuatan sama ada ditutup atau terpaksa mengurangkan saiz operasinya, menyebabkan ramai pekerja diberhentikan, sekali gus mengecilkan jumlah pekerja. Baru-baru ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menjangka hampir sejuta pekerja tempatan yang kini bekerja dalam pelbagai sektor, termasuk elektronik dan pembuatan akan diberhentikan menjelang hujung tahun ini jika pengambilan pekerja asing tidak dihentikan segera. Namun, kita belum pasti lagi sama ada pekerja tempatan berupaya untuk mengisi kekosongan itu nanti apabila pekerja asing dikeluarkan. Kita sedia maklum kebanyakan pekerja asing, khususnya dari Indonesia tekun bekerja, jarang mengambil cuti sakit, malah jarang bercuti kerana mahu mendapatkan rezeki sebanyak mungkin, menjadi punca sebenar majikan lebih gemar menggajikan mereka. Namun, kita berharap dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pekerja tempatan, terutama mereka yang diberhentikan kerja boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan pekerja asing itu nanti. Zaman memilih kerja perlu dikikis kerana dengan bekerja, walaupun tidak setara dengan kelulusan, ia lebih baik daripada menganggur. Dengan keputusan kerajaan itu, kita juga berharap lebih 270 syarikat dan ejen pengambilan pekerja asing tempatan menyegerakan pemberhentian pengambilan tenaga buruh asing supaya rakyat tempatan tidak perlu bersaing dengan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan.