Thursday, February 5, 2009

Pendidikan tinggi dalam menjana ekonomi negara


SEPERTI Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung secara tahunan di Davos, Switzerland, Forum Universiti Dunia baru saja selesai diadakan di Mumbai, India dengan sambutan yang sangat menggalakkan. Ramai pemimpin universiti dari negara maju dan membangun berkumpul sambil membincangkan isu kritikal yang diharungi kebanyakan universiti di dunia. Tiga perkara pokok dibincangkan ialah pendidikan tinggi sebagai prasyarat penjanaan ekonomi negara, peluang pendidikan tinggi untuk remaja dan kepentingan anjakan paradigma pendidikan daripada bersifat disiplin kepada pendekatan pelbagai disiplin.

Kepentingan pendidikan tinggi sebagai pemacu kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara dan peningkatan kesejahteraan masyarakat terletak kepada anjakan kuasa ekonomi yang bermula daripada kuasa ketenteraan, beralih kepada kuasa teknologi dan kini kuasa pengetahuan. Ekonomi pengetahuan mula menguasai dunia apabila persaingan pada peringkat global terletak kepada daya kreativiti dan keupayaan untuk 'berbeza' dengan yang lain. Ilmu dan maklumat dilihat sebagai modal penting masa depan yang berupaya melonjak tahap ekonomi masyarakat dan komuniti setempat dan seterusnya meningkatkan status ekonomi sesebuah negara.

1 comment: